Monday, August 24, 2009

.…beAutiFul m0nTh~rAmAdhAn al-mUbaRak~……

Assalamualaikum wrt.wbt

Alhamdulillah, dpt kite ketemu lg di bln yg penuh barakah ini,,bulan ramadhan al-mubarak..dalam bln ni la kita kne memprbykkan amal ibadah,,kurgkan enjoy2,,jage mata,telinge,mulut n smue la….tp sbnrnye bkn dlm pause je kne jage…stp masa kene jage..huhu

Bln puasa ni teringt zaman dulu2…umur 6 thn dh puasa penuh…yela,puasa penuh dpt duit raye t,,hehehe…skrg pn dapat gak,,selagi beljr lg duit raye tetp dpt,,abg2 n kak2 bg…

Teringat kalu puasa kt umh…kul4 mak ngan abah bangun siapkn sahur,,ku tdor lg time 2,,akak2 je yg tolog kt dapur hehe…ble kul5 keje abah lak kejutkan ku…kalu abah kejut confm bangun,,abah garang huhu….dah lps sahur 2 keje ku lak kemas dapur..mak ngan abah g masjid….ble time buka lak mcm2 mak nak msk,,,t kul6 ku slalu kut abah g bazar,,,2 yg best,byk mknan,,,beli pn byk t…ble smpai umah kne bebel ngan mak coz byk sgt mknan,,,huhuhu…pas2 t kne hbiskan mknan 2…2 yg kdg2 mak x bg ku ngan abh g bazar…ktorg ni memg ske bli mknan,,,ku kan anak abah hehehe…..

Ble mlm lak g masjid ngan mak n abah…slalu muka ktorg la dtg lmbt ke msjid…hehe..kdg2 smyg kt umah je,,abah jd imam…pas2 tgh smyg konon2 g bilik air skit perut tp melencong g tgk tv,,,hehe…degil gak ku eak….skrg puasa kt u,,kne bli sndri mknan…sahur lak tetap abah kejutkan walaupn jauh,,,memg 2 keje abah,dye akan call anaknye yg jauh2 tuk bangun sahur..saaaaayang abah,,syg mak gak…;)

Dlm bln puasa ni byk kelebihan…pahala brlipat ganda,,,xde hantu hehehe….ni smue kelebihan ramadhan,,,,nk byk lg bace la buku2 or cari la dr sumber yg bleh dipercayai…..

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3.Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :

a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah

b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.

c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.

d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.

e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

4.Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)

5.Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)

6. Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.

Akhir kalam dari ku,selamat brpuasa dan selamat meningkatkan ibadah2 sunat….;)

Wassalam….

0 comments:

Post a Comment