Wednesday, April 17, 2013

...Listen listen listen...


Assalamualaikum w.r.t

Listen, listen, listen. I don't want to talk about listen, listen, listen yang pernah famous kesnya dulu. But I want to share about song, music and entertainment. I like it.love it. Sape an mengenali saya tahu who am I.. Ngadap lp dengar lagu. Buat keje ape2 pn dgr lagu. Telinga ni sentiasa sumbat dgn earphone dgr lagu.

Berhibur kerana Allah
Jumaat yang lepas saya ada bace surat khabar mengesahkan tentang 'berhibur kerana Allah'. Saya tertarik dn cerita pada zaman dahulu yg diceritakan di dalam surat khabar itu.
"Saldina Ali bin Abi Talib pernah didatangi seorg lelaki, lelaki itu berkata: Wahai khalifah, aku melatih diri utk tidak berhibur langsung dan aku hanya beribadat kepada Allah SWT. Ali menjelaskan kembali: Engkau tidak tahu bahawa iblis menyelinap dalam setiap pembuluh darah dan bila-bila masa sahaja dia boleh menyerang."
 "Jelasnya disini betapa tinggi pun ibadah kita kepada Allah, kadang-kadang boleh tersasar jika tidak ada rehat. Berhibur itu maksudnya apa-apa yang boleh menenangkan hati dan Al-Quran sendiri tidak memberitahu apa hiburan yang boleh dan tidak boleh kerana itulah didatangkan ilmu dan ilmu itu datangnya drpd Al-Quran. Hiburan itu meluas dan bukannya tertakluk kpd nyanyian dan lakonan semata. Syair, membaca Al-Quran dan bermacam lagi perbuatan yg membolehkan kita tersenyum adalah hiburan."                        
Sinar Harian, 12 April 2013
Kelalaian hiburan
Tidak salah untuk berhibur asalkan ia tidak melalaikan. Hiburan macam mana yg melalaikan?? Jika dilihat pada dunia sekarang banyak lagu2 kearah kecintaan kepada manusia. Tidak salah untuk mendengarnya asalkan tidak melalaikan kita, melayan emosi dan nafsu kita yang akan terjebak ke arah maksiat. Nauzubillah...Kita sebagai manusia yang lemah akan teremosi jugak. Saya akui kadang2 mendengar lagu yang sedih akan ternanges juga. Cepat2 lah kita istigfar dan muhasabah diri. Tapi seandainya menanges mendengar lagu berbentuk keinsafan itu adalah lebih baik. Seperti kita mendengar zikir2, bacaan Al-quran sehingga menitis air mata itu adalah lebih baik. 

Hiburan keinsafan diri
Setiap manusia mempunyai masalah hidup tersendiri. Itulah yang dikatakan kehidupan. Seandainya masalah itu disimpan ia akan membawa stress kepada manusia. Salah satu cara mengurangkan stress adalah dengan hiburan. Hiburan ni macam2. Ada yang g wayang nak hilangkan tension. Ada yang berkarok.mendengar lagu.macam2 lah...

Hilangkan tension
1. Menonton movie-tonton lah cerita berbentuk komedi yang boleh kita gelak2 untuk lupakan masalah kita. tapi dgn gelak2 adakah kita akan muhasabah diri dengan masalah yang kita hadapi kerna sesuatu masalah itu adalah sesuatu musibah yang memberi kesedaran kepada kita.
2. Mendengar lagu-Lagu ni ada bermacam2 jenis. Seandainya kita mendengar lagu yang rancak akan menambahkan lagi sakit kepala kita sahaja. Seandainya lagu itu berbentuk jazz takut2 kan melayan emosi kita.
3. Mendengar zikir dan bacaan alquran.- Cara terbaik nak hilangkan stress. Apabila kita mnedengr zikir2 ia akan memberi keinsafan dan musabah diri pada jiwa kita. Kita akan ternanges mendengarnya. Menageslah seandainya mempunyai masalah. dan muhasabah diri untuk kita renung balik kehidupan kita yang lalu.

Aurora layan Kpop
 Dengan kehidupan dirumah melayan RM tibe2 terjebak dgn lagu Kpop pulak. AstagfirAllahal Azim, pe dah jadi ni hehe. Dulu zaman kat UTM pernah layan gak. dan skg melayan lagi sekadar hiburan sahaja. xde lah sampai gler2 Kpop sampai smue nak Kpop. Poster tampal2 kat bilik. xde lah sampai mcm 2 ekk.. Apa yg saya tgk dari Kpop ni kesenian dalam tarian dia haha. Boleh buat arobik. That why saya minat aerobik. dan mungkin perempuan2 yang minat Kpop no coz dorg good looking. Saya akui lah hehe..mcm CNBlue, 2PM, Bigbang, Super junior..mcm2 lah. Tapi bagi saya, saya juz ske tgk style dorg utk korean sahaja. tp untuk malaysian yang nak wt style kpop memg kureng minat lah. Jauhkanlah dapat laki yg style macam kpop ni hehe...


Listen, listen, listen...jom kita mendengar utk berhibur sbg merawat hati kejalan yang diredhai oleh Allah...
wassalam

0 comments:

Post a Comment