Friday, April 5, 2013

...Aku sebuah televisyen...

Assalamualaikum w.r.t

 Petang jumaat yg tenang dgn ujan rintik2 aku bersama mak menonton Al Kuliyah di tv. From the Al Kuliyah 2 aku tersentuh hati dgn sebuah cerita yg disampaikan penceramah iaitu seorang ustaz yg memang aku suke dgr ceramah die iaitu Ust Syed Norhisham Tuan Padang.

Ceritenya macam nie....
Ust ni terbaca satu blog mengesahkan tentang cerita seorang guru perempuan. Kisahnya mcm nie..guru itu sedang menanda karangan pelajar2 nya. Karangan yg mengesahkan tentang apakah yang anda hendak jadi?? contohnya saya nak jadi kipas or something like that la...Sambil menanda die tersenyum, tergelak, tersengeh..bese lah jd cikgu ni. jawapan budak2 memang menghiburkan kite hehe..dan tibe2 die ternanges menanda sebuah karangan ini. Why???

Aku sebuah televisyen...
Seorang pelajar telah menulis die ingin menjadi tv. dan kenapa tv??pelajar itu tulis...
"saya nak jadi televisyen sebab mak saya bile blik rumah je tgk tv. ayah saya pn bile blik rumah pn tgk tv. bile bosan, sedih terus tgk tv. sy nak jd tv sebab nak mak dan ayah tgk sy.dekat dgn saya. adik beradik yg lain pn sama juga. tgk tv je. saya nak jadi tv.nak dekat dgn mereka..." (lebih kurang macam 2 la karangan 2 hehe)
Sungguh tersentuh ckgu itu membaca karangan pelajar tersebut. dan tibe2 ckgu itu menanges dgn lbh kuat..why?? rupe2nye pelajar itu adalah anak beliau..betapa tersentuhnya saya mendgr cerita ini. Aku sebuah televisyen..

Sejenak sebentar...
Saya seoarng yg belum bekerja, mungkin xtaw lagi kepenatan, keletihan apabila bekerja. dan bile dh ada keluarga, dah ade tanggungjawab mgkin kepenatan akan bertambah. Orang cakap keje ckgu senang..that wrong. Aku pernah menjadi guru, keje smpai bwk ke rumah. kat skolah berperang dgn murid.boleh ada heart attack keje ckgu ni. tp sesibuk kita dgn keje ingat lah family is the 1st. bercakap lah dgn anak even sekejap. kita sbg perempuan kene lg rapat dgn anak2 kerana anak adalah amanah kita. tanggungjawab kita yg utama adalah menjaga, mendidik anak2. keje adalah tggungjawab utama utk suami. saya nak suami saya even sibuk mana pn time b4 tidor tlg lah tgk anak2 yg sedang tidor dan cium n doakan lah utk mereka.at least semnggu sekali tgk lah homework die..

Aku terbaca luahan kakak aku di fb yg merupakan seorang guru..
"Setelah seminggu bercuti, hari ni bersekolah semula. Bangun pagi dah 'berperang' untuk siapkan anak2 ke sekolah. Then pi pasar and prepare lunch for my kids and beloved hubby. By 11am everything dah kena siap. Rehat sat then bersiap untuk pi sekolah. Jam 12tghari dah keluar rumah. Hantar anak rumah pengasuh dan terus pi sekolah. Di sekolah 'berperang'pula dengan anak2 murid. budak2 skrg tak mcm dulu. 6.40pm habis sekolah then ambil anak and sampai rumah kul 7.15pm. Rehat sat , mandi then solat maghrib. Mkn malam , pantau anak2 buat homework. 10pm anak2 masuk tido. Solat isyak then sambung kerja rumah such as lipat kain, basuh pinggan and so on. Jam 12 masuk tido. Bila baring baru terasa kaki ni mcm nak 'tercabut, rasanya. Begitulah rutinnya.......Ya ALLAH semoga Kau memberikan ku kesihatan yang baik agar aku dapat melaksanakan tanggungjawab ku tanpa keluh kesah"
Begitulah rutinnya hari2. even penat keje tp still tgk anak2 wat homework. saya berharap saya akn menjadi seorang yg kuat utk menempuh hari2 bersama anak2 dan suami nanti..kerna saya xnak anak saya ingin menjadi sebuah televisyen yang menageh kasih syg dr ibubapa..wassalam

0 comments:

Post a Comment