Showing posts with label Aurora. Show all posts
Showing posts with label Aurora. Show all posts

Saturday, June 8, 2013

...Matrix style...

Congratz....
Balqis, adam, syafiq
kepada ketiga-tiga anak buah yang dapat masuk matrix. 2 nun kat utara. Sorang nun kat selatan. Selamat menempuh kehidupan matrix haha..jangan ingat masuk matrix korang dh cukup pandai. Jauh lagi perjalanan 2..Banyak persoalan2 yg selalu ada kat kepala budak2 yg nak masuk matrix.

Cane ek kalau amek matrix..??
Orang cakap masuk matrix pandai..yeke??konon je 2 hehe..
Matrix ni macam sijil. Selepas spm masuk matrix setahun. Ada yg dapat 2 tahun. Selepas pengajian kat matrix, boleh terus apply degree kat mana2 universiti. smue 2 depend pada pointer time kat matrix. kalau pointer bagus dan apply cos yg mantap, insha Allah akan dapat cos 2. Selalunya degree 4 tahun. Advantage matrix ni dapat jimat masa la. Slalu umur 23 dah dapat degree. Kalau mereka yg lompat, 22 dah dapat degree..untungkan hehe

Susah lah belajar kt matrix. takut kene tendang...
Slalu org cakap macam 2. Mind set je 2. Kite kene positive. Belajar kat mne2 memang susah. mne de belajar yg x susah. Kite baru nak kenal bende baru. So memang susah la. 
Jangan terlampau stress and enjoy ur study. Time kuliah memang kdg2 x masuk kat kepala la pe yg di bebel oleh lecturer. So balik study la sikit2. Malam2 jgn lepak je. Study sikit la. Bagi saya kepandaian bukan ada pada diri seseorang tapi kepantasan dalam berfikir mesti ada dlm minda seseorg. Bagi yg rasa diri 2 lambat berfikir, kene la RAJIN sikit utk sama level dgn yg pantas berfikir.

Alhamdulillah...
Saya matrix setahun di Kuala Pilah, N9 dengan cos sains fizikal. Kemudian sambung degree cos math pendidikan di UTM.

Nasihat saya...
Masuk matrix jaoh lg perjalanan anda. Jangan lah sia2 kan kehidupan di matrix. Bagi mereka yang before ni xpernah duduk hostel, jgn terkejut dgn budaya baru. Homesick 2 bese la. Yang penting bile dah jauh dgn mak bapak, jge lah diri, jge akhlak..oraitzz...

..Terlintas,,kalau........

Assalamualikum w.r.t w.b.t

Malam semalm buka fb..dapat satu citer. 
Ustaz Azhar Idrus datang masjid Sungai Besar??
Dalam hati rasa ruginya x pergi huhu...almaklumlah memang dari dulu teringin dengar ceramah yang live depan2 dari ustaz azhar ni....

Dalam fikiran saya terlintas satu perkara...
Dulu zaman sekolah kat johor kita bebas nk pergi mana2. Yela, duk sorg2 berdikari kan. Disebabkan bebas kita kene mengikut ke arah yang benar. Dulu nak g dengar ceramah kt masjid mudah. Ada kawan2 yang teman pergi, ada transpot senag nak bergerak. Tapi kadang2 mudahnya dalam kehidupan tak guna sepenuhnya juga. Kuliah agama x pergi juga. Kita manusia biasa yang wat salah dan bayak kekurangan gak.

Sekarang menghabiskan masa dengan duduk dirumah.
 Hanya mendengar ceramah2 agama kt tv n ternet je. Memang susah nak keluar dengar ceramah secara live. Sebabnya xde kawan tuk jadi teman dgr ceramah 2. Maklumlah kawan semua duduk jaoh2 dah keje. mak dgn bapak pn xboleh nak bergerak keluar sekarang. So memang susah sikit untuk bergerak keluar.

Bersama imamku...
Dalam fikiran saya mungkin dah masanya utk saya berteman dengan seseorang yang sentiasa berada disisi saya. Iaitu imam saya. Saya tahu itu semua adalah keje Allah. Utk bertemu dgn imam saya. Saya hanya mampu berusaha dgn berdoa supaya bertemu dgn imam yang telah Allah telah tetapkan utk saya. Utk umur saya yg sudah 24 tahun nape nak kawen??
saya perlukan dia utk sy cakap kpd die...
"Abang, jom pergi ceramah kat masjid."
"Abang, jom puasa sunat esok"
"Abang, jom sembahyang sama2."
"Abang bangun solat. dah masuk waktu ni"
"Abang, jom kuar pergi jalan2"

Betapa indahnya dapat pergi kemasjid bersama-sama dengan 'Abang'. Betapa bahgianya dapat keluar berjalan2 bersama dgn 'Abang'. Bagi saya cukup lah waktu utk berjalan2 dgn kawan. Kadang2 kita xtahu apa kata2 dari orang ramai. Takut boleh buat fitnah lak. Takut org ckp budak2 skg ni asyik berjalan je..Kalau ada suami selamat lah...

belek2 kat fb terjumpa note drpd saya sendiri yg dh berkurun2...tajuknya
Mengapa seoarng lelaki perlu mencari seorang guru sebagai isteri??
1. Hidup berjadual
2. Dedikasi, komited dan penuk komitmen
3. Tidak boleh menipu dan berpeleseran
4. Terapi melepaskan tekanan
5.Byk cuti sekolah
6. Penampilan
Bagi saya semue 2 bergantung pada individu.

Last word dari saya. Jodoh adalah anugerah Allah yg sgt bernilai. Dengan jodoh kita akan lagi lebih kuat. Dengan jodoh kita akan lagi bahgia. Dengan jodoh kita akan rasa lebih diberkati. So, utk bertemu dgn jodoh bukan mudah. Usaha dan berserah kepada yang menetapkan jodoh kita...
Amin 

Wednesday, April 17, 2013

...Listen listen listen...


Assalamualaikum w.r.t

Listen, listen, listen. I don't want to talk about listen, listen, listen yang pernah famous kesnya dulu. But I want to share about song, music and entertainment. I like it.love it. Sape an mengenali saya tahu who am I.. Ngadap lp dengar lagu. Buat keje ape2 pn dgr lagu. Telinga ni sentiasa sumbat dgn earphone dgr lagu.

Berhibur kerana Allah
Jumaat yang lepas saya ada bace surat khabar mengesahkan tentang 'berhibur kerana Allah'. Saya tertarik dn cerita pada zaman dahulu yg diceritakan di dalam surat khabar itu.
"Saldina Ali bin Abi Talib pernah didatangi seorg lelaki, lelaki itu berkata: Wahai khalifah, aku melatih diri utk tidak berhibur langsung dan aku hanya beribadat kepada Allah SWT. Ali menjelaskan kembali: Engkau tidak tahu bahawa iblis menyelinap dalam setiap pembuluh darah dan bila-bila masa sahaja dia boleh menyerang."
 "Jelasnya disini betapa tinggi pun ibadah kita kepada Allah, kadang-kadang boleh tersasar jika tidak ada rehat. Berhibur itu maksudnya apa-apa yang boleh menenangkan hati dan Al-Quran sendiri tidak memberitahu apa hiburan yang boleh dan tidak boleh kerana itulah didatangkan ilmu dan ilmu itu datangnya drpd Al-Quran. Hiburan itu meluas dan bukannya tertakluk kpd nyanyian dan lakonan semata. Syair, membaca Al-Quran dan bermacam lagi perbuatan yg membolehkan kita tersenyum adalah hiburan."                        
Sinar Harian, 12 April 2013
Kelalaian hiburan
Tidak salah untuk berhibur asalkan ia tidak melalaikan. Hiburan macam mana yg melalaikan?? Jika dilihat pada dunia sekarang banyak lagu2 kearah kecintaan kepada manusia. Tidak salah untuk mendengarnya asalkan tidak melalaikan kita, melayan emosi dan nafsu kita yang akan terjebak ke arah maksiat. Nauzubillah...Kita sebagai manusia yang lemah akan teremosi jugak. Saya akui kadang2 mendengar lagu yang sedih akan ternanges juga. Cepat2 lah kita istigfar dan muhasabah diri. Tapi seandainya menanges mendengar lagu berbentuk keinsafan itu adalah lebih baik. Seperti kita mendengar zikir2, bacaan Al-quran sehingga menitis air mata itu adalah lebih baik. 

Hiburan keinsafan diri
Setiap manusia mempunyai masalah hidup tersendiri. Itulah yang dikatakan kehidupan. Seandainya masalah itu disimpan ia akan membawa stress kepada manusia. Salah satu cara mengurangkan stress adalah dengan hiburan. Hiburan ni macam2. Ada yang g wayang nak hilangkan tension. Ada yang berkarok.mendengar lagu.macam2 lah...

Hilangkan tension
1. Menonton movie-tonton lah cerita berbentuk komedi yang boleh kita gelak2 untuk lupakan masalah kita. tapi dgn gelak2 adakah kita akan muhasabah diri dengan masalah yang kita hadapi kerna sesuatu masalah itu adalah sesuatu musibah yang memberi kesedaran kepada kita.
2. Mendengar lagu-Lagu ni ada bermacam2 jenis. Seandainya kita mendengar lagu yang rancak akan menambahkan lagi sakit kepala kita sahaja. Seandainya lagu itu berbentuk jazz takut2 kan melayan emosi kita.
3. Mendengar zikir dan bacaan alquran.- Cara terbaik nak hilangkan stress. Apabila kita mnedengr zikir2 ia akan memberi keinsafan dan musabah diri pada jiwa kita. Kita akan ternanges mendengarnya. Menageslah seandainya mempunyai masalah. dan muhasabah diri untuk kita renung balik kehidupan kita yang lalu.

Aurora layan Kpop
 Dengan kehidupan dirumah melayan RM tibe2 terjebak dgn lagu Kpop pulak. AstagfirAllahal Azim, pe dah jadi ni hehe. Dulu zaman kat UTM pernah layan gak. dan skg melayan lagi sekadar hiburan sahaja. xde lah sampai gler2 Kpop sampai smue nak Kpop. Poster tampal2 kat bilik. xde lah sampai mcm 2 ekk.. Apa yg saya tgk dari Kpop ni kesenian dalam tarian dia haha. Boleh buat arobik. That why saya minat aerobik. dan mungkin perempuan2 yang minat Kpop no coz dorg good looking. Saya akui lah hehe..mcm CNBlue, 2PM, Bigbang, Super junior..mcm2 lah. Tapi bagi saya, saya juz ske tgk style dorg utk korean sahaja. tp untuk malaysian yang nak wt style kpop memg kureng minat lah. Jauhkanlah dapat laki yg style macam kpop ni hehe...


Listen, listen, listen...jom kita mendengar utk berhibur sbg merawat hati kejalan yang diredhai oleh Allah...
wassalam

Sunday, April 7, 2013

...Kelas hari ini...

Assalamualaikum w.r.t...

Ahad, 7 April 2013...Hari ni kelas tambahan seperti biase. tp kelas awal sikit. start pkul 9 pagi. beranikan diri drive kete kakak aku.lme xdrive kn..Alhamdulillah, smpai lah dgn selamat ketempat tuisyen.xjauh pn. dalam 10minit jer..

Student arini ramai drpd yg biase. around 20 org smunye. So kalo dh rmai ni mesti hyperactive ckt bdak2nye. Kebetulan raini adalah awal bulan4, so start ngajar dgn buku baru la..

Masuk kelas baru dapat buku. Masuk kelas baru taw nk ngajar tajuk pe. Memang xprepare pe2...so, pe yg berlaku dalam kelas sepjg ngajar 2???

Belek2 buku tgk tajuk straight line senang sikit nk goreng kt budak2 ni hehe..So, arini ngajar tajuk Straight Line..equation straight line. formule for gradient. solving problem...

Conclusion kelas arini...
Student arini memang susah nak control. sabar jer la..dan yg paling aku risau, budak2 ni mcm xpaham je ak ngajar..aduiii...maybe aku xprepare. ngajar2 macam confusekan budak. aku xbuat step pengajaran yg mudah. maksudnya tips2 pengajaran bg tajuk 2. ramai budak xfokus. de yang blur pening2 lalat je..

What I want to do??
Next week aku kene prepare betol2 utk tuisyen ni. 
1. Buat smue soalan dalam bku 2
2. Bajetkan tajuk utk ngajar around 3 minggu ni
3. Buat step yg mudah dan tips2 bagi solve problem
4. Cari soalan spm yg dlu2 utk bg kat student
5. Ubah cara pengajaran sikit

how???
1. bace soalan stu ayat ke satu ayat. biar budak nampak soalan 2 
2.bagi soalan yg patern same dgn dalam buku
3. tunjuk dulu solution. baru bagi budak buat sendiri
4. bagi exercise or quiz..nak tgk student paham ke x

Selamat mengajar for next week...wassalam 

Tuesday, March 26, 2013

...Transformer 2013...

Assalamualaikum w.r.t....

Aurora yang sama, author yang same, design je yang transform...more professional, lebih matang, lebih smart tapi ayat still sempoi lg hehe. Dah masanye utk bertukar pada blog yang mendekat diri pd masyarakat...

Inilah masanya...
Selepas membaca luahan seorang blogger n vlogger Aiman Azlan dimana perlunya ramai blogger or vlogger dikalangan wanita untuk mendekati masyarakat. Sebenarnye memang ramai dh pompuan2 yg jd blogger ni. Dan tbe2 ak tertarik utk menjadi seorg blogger yg dekatkan diri kt masyarakat nk share2 idea. Utk jd vlogger memg xlayak la, nk bercakap2 ni..bebel je kang t hehe...Dengan kehidupan kt umah ni ak mghabiskan masa dgn hobi ak mghadap lp mengedit blog utk mencurahkan pendapat dan ilmu yg xbeberapa byk ni kt org luar sane...

Ilmu tanpa amal ibarat pokok x berbuah...
Alhamdulillah, dgn ilmu komputer yg de ckt2 kt pale ni ak berusaha mengedit blog ni. Ni memg hobi ak...edit design2 smpai pening pale hehe. Wat resech ckt, tgk2 design web skg. Web skg lbh smart, dgn byk slideshow, gerak sane gerak cni..tgk design dlu lebih statik.

Trnsform Aurora...
InsyaAllah, Aurora skg lbh ilmiah compare dgn dlu. Lbh matang n smpai ble nk cter2 pasal diri sndiri je kan. So, dgn ilmu yg ada kte share dekat org luar sne. Bukan la nak ckp sy ni byk sgt ilmu tp sebaik2 share la ilmu even 1 ayat. Even duk umah de gak input yg dapat, skg kn maju...ilmu dpt dr mne2...buku berlambak, dgn video youtube, fb, dgn kt tv yg skg dh mcm2 rncangan ilmiah berbentuk agama dh de... So, share kan lah ilmu 2 biar x berkarat kt pale ni hehe...

Utk membuat sesuatu perubahan ni memg susah. perubahan yg ditunjukkan melalui blog. Seumpama berjihad tuk melawan nafsu diri daripada bercerite pasal diri sndiri yg remeh temeh. Sebenarnye tulis blog ni takut gak. stp patah perkataan yg ditulis akan ditanya oleh Allah t. Dan kene fikir gak perkataan 2 akan memburukkan atau memberi kebaikan pd org. Ak start wt blog coz ak ske tulis diari. So drpd diari tukar la moden ckt. Dan skg dgn Aurora yg baru smoga ak lbh semangat nk bebel2 kt blog...bebel bentuk ilmiah ek..

Hope enjoy dgn Aurora yg baru...

Wednesday, February 20, 2013

...dari layar tv...

"Manusia boleh berubah kalu dapat peluang..."
Ed (Jujur Aku Dayus, 2012) 

"...abang xtaw apa akan jadi esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan, ataupun 10 tahun kemudian,,abang xboleh ramal nasib kite berdua,,,tapi sng suami yg bertanggungjawab abang akan memberikan cinta abang, hati abang, seluruh jiwa abang pada dhia,,,dan yg penting sekali abang akan bahagiakan dhia seumur hidup abang,,,abang janji...."
Zikir (Tentang Dhia)

"...kecantikan itu hanya pada senipis kulit,,apalah nak dibanggakan dgn senipis kulit itu je..."
(Hanya Pada Mu, 2013)



"...itu lebih penting,,cantik di mata suami, daripada pandangan orang lain..."
"...tasbih putih,,,seputih ati Am pada Ain..." 
Adam Mukriz (Adam Hawa, 2012)

"...cinta sebenarnya xbuta, cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan semua orang perlukannya,,,yang buta 2 ble cinta menguasai diri tanpa pertimbangan..."
 "tidak ada insan suci yg tidak mempunyai masa lampau,,,dan tidak ada insan yg berdosa tidak mempunyai masa depan..."
Elsalina (Setia Hujung Nyawa, 2013) 

Monday, February 18, 2013

...Di mana kau???...

Assalamualaikum...brbulan2 xupdate blog..mendiamkan diri seketika..nk taw pe ak wt b4 ni hehehe....byk bende la..ak duk utm jap..nyorok hahaha..Alhamdulillah,,new experience...ak ngajar dak2 yg sme umur ngn ak,,,slalu ajar dak2 je..ni dh tue2 xpandai nk kelentong hehe..best la..mcm nk ngajar lg hehe..ak ngajar amali komputer wt website...

Ari 1 ajar dipggl ckgu,,ari ke2 pggil cik jiha...n ari ke3 pggl awak...OMG,,wt2 xdgr je haha..kte kne profesional...tbe2 rase nk jd lecturer lak hehe...ak gak telah bertemu dgn sorg rumate yg sekepale ngn ak,,,mne xnye..befday sme,,ari je len coz thn len hehe...brsyukur sgt ak jmpe dye...dye sedarkan ak byk perkara...dye teman ak ble ak nanges,ble ak gelak,ble ak nk gosip...n teman ak yg bwk ak dekat ngn Allah..dye kak ila,,sgt profile orgnye...

with my sleeping partner,,kak ila

Skrg,,feb 2013...ak decide nk duk kt umahku syurgaku...berkhidmat sbg cleaner,nurse,chef,teacher...ak nk jge mak ak...takut xde kesempatan nk jge huhu...so ari2 wt bnde sme jela...

  • pagi-bangun2 kdg2 breakfast dh de hehe,,maklumlah trlajak tdor...tp kdg2 dapat gak dorg rse breakfast ak..beselah,,apabila di umah exercise menyapu umah yg mcm istana ni...2 pasal pipi je nek,,bdn terbantut ckt...yela,,ari2 pembakaran lemak yg bgus hehe..10.30 ak msuk keje kt dapur lak...memulakan tggungjawab sbg chef tuk mkn lunch...
  • ptg-lepak2 dgn cik akak n mak sambil tgk tv...mcm2 dh ak melayan cter ni hehe...smbil2 2 wt terapi mak,,kononnye hebat la hehe,,tiru terapi yg mak slalu wt klinik 2 je...
  • mlm-kelas tuisyen start...mengajar anak2 sedara ak yg tersengguk2 ngntuk 2 haha...smbil ngajar maksu tgk tv haha...last2 tuisyen ke mana...smue lepak dpn tv hahah...
2la keje ak ari2,,ahad plak ajar tuisyen spm kt pekan...sementara tggu posting kn...mybe ak nk brkhidmat tuk makayah ak..jge dorg...t dh posting ak sibuk tkut xsempt nk jge...so skg la waktunye...mm,,hdp ak bahgia duk umah brcucuk tanam men tanah dgn mak hehe..men air mop umah hehe...bosan 2 memg la de,,tp jgn layan sgt la hehe...yg penting makayah ak sihat,,ak ckup bahgia dh...kesabaran kne de dlm diri tuk jge org tue,,jgn ikut nafsu sgt...pkirlah,,dlu mak 10x sabar bwk kami 10 org anaknye dalam perut dye...xkn kte sekali jge mak xbleh nk sabar...renung2kan,,,wassalammm


Wednesday, September 12, 2012

...sedih??ceria je ak dgr....

2la kate2 dr member ak...kate sedih,,ceria je...gelak2 je hehe...kdg2 penat dh tuk brsedih...memg la ceria tp ati ni Allah je tahu...

raye kali ni ak sederhana je...dgn dpt berita sedih huhu..ak senyap kn diri tuk seketika..berfikir dan berfikir...adakah yg berlaku ini adalah balasan tuk diri ak??adakah smue ini ujian atau petunjuk untuk ak??apakah yg berlaku pd masa depan ak??

Ya Allah,,dh xde air mate untuk ak tangisi lg...dh xde kate2 tuk katekan ak sedih lg...memg pedih,,penat,,tp kne telan gak...mcm nk hidup terus 10tahun akan datang tanpa nk lalui mcm2 ni lg huhu...

positifkan segalanya...anggap semua de hikmahnye..de yg lg baik drpd skg..yg pentng,,sedar lah gha spe ko 2 huhu..kalo Allah nk bg kebahagian pd seseorg x boleh dihalang oleh mne2 tgn sekalipn...jgn lah jd tgn 2 gha..!!fokus kn masa depan...don't looking back,,kuatkan hati, diri and akal...bersabar dgn pe yg berlaku...

...Inas dan Alesya...

Assalamualaikum wrt wbt.....

Inas n Alesya,,,spe depa ni...bkn nme anak ak ek hehe....spe tgk tv mesti kenal depa ni....Inas kt cter bukan bidadari...Alesya lak kt kau yg trindah...

pe yg ak nk cterkn pasal depa ni....mcm kne kt diri sndri huhu...xkan jd inas,,lg2 alesya...pe yg brlaku kt dorg??pe yg sme nye??i never to story lebih2....kne jge ati yg trlibat hehe..jom tgk cter 2,,,best2...caw dluu..daaa

Tuesday, August 7, 2012

...anak2 soleh...

Plg bahgia kalo duk kg ble de smue anak2 ak...anak buah ek hehe...dorg ni mcm anak2 ak gak...sronok tgk dorg...dilahirkan suci tanpa dosa pn...ble dh petah brcakap trpancar kepintaran 2...ble bru dpt kaki brlari kesane cni...memg hiperactive...de sorg anak buah 2,,pernh ckp...anak maksu t kan mesti rajin kan...sebab maksu garang,,t sruh wat 2 wat ni hahaha.....try nk ingt blik nama smue anak2 ak ni....

anak abg aris-nur balqis, nur izzati, sara aleya...
anak kak ana-mohd syafiq, nurnabila, mohd asyraf, mohd muaz, mohd naufal, mohd taufiq, mohd haiqal...
anak abg zul-nur huda, abd rauf, nabilatul husna, abd wafi...
anak kak zura-adam syauqi, aliff imran, amirul hafizi, ammar farihin, amir raziq...
anak abg man-nusaibah, akmal hamdi, nurul aiman...
anak abg jam-mohd izzat, fatin ___, izzat izzudin...
anak abg mas-mohd haziq, nur damia, adibah zahrah, mohd yusuf abduh...

hahaha...de gak sorg lupe nama penuh dye....smue de 29...alhamdulillah, smoga menjadi anak yg soleh dan solehah....





...master vs cigu...

Assalamualaikum wrt wbt....hiba rase ble dh nk last2 pose ni...xtaw kte akan jmpe ag pose tuk dpn ke x...smoga dipnjg umr aminn....actually ak de dpt offer master kt utm...syukur Allhamdulillah..sronok gak tp confuse nk trime ke x huhu....


  • baget xde...
smbung master kne duk jhor lg...prob nye baget lak xde huhu...spe nk jd banker ak ni hehe...yuran memg mahal la...even bleh mohon biasiswa tp b4 nk mohon 2 mne ak nk dpt wit...simpanan de tp nk gne tuk bnde len...nk mintk family tp xsmpai ati dh hehe...
  • mcm mls dh nk bljr....
ni prob ak plg besar....mcm xnk dh tgk buku hehe..mybe bosan dh kot bljr pas2 exam...kalo bljr jz tuk tahu xpe...ni de exam mls dh la hehe...
  • minat ngajar dh...
mybe ak dilahirkan tuk menjd seorg ckgu...kdg2 ble ngajar anak buah ak cian tgk dye...bnde yg simple pn dye xtahu...so kte yg tahu ni brtggungjawab tuk ngajar dye...cdh tgk dorg fail..tp kalo dpt a ckgu gak gembira...ak amek kos pendidikan,,pointer xtggi pn tp ak bangga sebab ak bleh ngajar student...bukan senang tuk menjadi seorg guru kalu xde minat dan kesabaran....
  • sambung psm...
the main point ak nk master coz ak nk smbung projek ak yg dlu 2...syg rasenye ble projek dibiarkan tanpa dinilai dan diaplikasikan pd students...bangga ngn projek sndiri,,atas didikan lec ak gak..2 yg rase perlu diteruskan projek 2...nampak lah hasilnya t....

ehmmm,,,master master master ckgu...xtaw la..pening22... 

Wednesday, July 4, 2012

...spt 2008-2012...


sedih tgk ni huhu....
SPT (scn kom n pendidikan math)
4 years>>friendship,,memories...
xtaw nk ckp pe dh hahha.....

Monday, July 2, 2012

...sem 8,,sem last...ckgu gha coming soon....

2012,,,mcm xcaye ak dh abes sem last ni...dh bkn student lg dh...pejam celik dh tua rupenye hahah...tp still mcm bdak3 lg....Alhamdulillah,,sem last ni ak byk improvement...lbh bahgia,,lbh ceria hehe...memg penat semast ni...byk pogram kne wt,,,ngn psm lg...tp Alhamdulillah,,setel dh smue...(>,<)v

Bina Insan Guru(BIG)...tarikh lupa haha...selama 2 ari kemping best la..lme xduk dlm khemah kn..sejak BIG ni dh rapat 1 fakulti dh,,,b4 ni mcm xkenal sgt...mcm xpernh nmpk pn de...tp bagus la pogram ni....bakal2 ckgu berkumpul b4 grad kn....


Dinner Fakulti Pendidikan....tarikh pn xingt haha..yg penting kt kafe lg sedap la mknan dye hehe...xpe..at least g dinner ni leh la brgaul skit eceh ahaha...pas2 nk bergaye ckt...almaklumlah,,,lme xmakeup2 ni hehe...

alhamdulillah,,satu urusan dlm kehdpn dh setel...kursus perkahwinan,,,g kursus ni tbe2 nk kawen sok hahaha....dh lulus dah ak,,bak kate org sediakan pyung b4 ujan...dh de sijil ni leh la dtg minang ek hehe...sila2...t bg alamat umah hehe...

sem last....Projek Sarjana Muda,,2 je la yg org slalu pkir kalu dh sem last...projek ak memg pening gak,,wt simulasi dalam web...org ckp cntik web ak,,,tp ble tgk lme2 xde perasaan dh hehe....web RealMath bagi tajuk Penjelmaan atau bahase omputih Transformation form 2...tajuk ni bljr traslasi,,pantulan,,putaran...ingt x???hehe...ak memg ske tajuk ni..2 yg amek tajuk ni....


selepas 4 tahun kt utm,,ni la hasilnya...dlu malu gak ckp ak amek pndidikan je,,,de pe dgn ckgu kn...compare dgn fakulti2 len kt utm...enginering yg berlambak...skg ak bangga amek pendidikan kt utm...jd ckgu lg la bgga,,,ckgu skg len ngn ckgu dlu...bukan senang nk ngajar org...bukan senang nk phm bdak yg belas2 tahun...thn ni ak trime msg dr sorg stusent ak prktikal dlu...dye ucapkan mekasih coz math dye dlm spm dpt A...memg berkat jd ckgu..smpai ble2 ckgu 2 de je...Alhamdulillah,,present PSM ak cemerlang gak hehe...lec bagga dgn simulasi ak wt n ak pn bgga dgn diri ak gak....


 Alhamdulillah,,,ni la hasilnya selama 4 tahun kt utm...selma 4 tahun mcm2 pengalaman,,memories,,ske sedih smue de kt cni...mcm2 ak bljr dr cni...akhirnya jd ckgu math gak...de rezki InsyaAllah smbung master lak....daaaadiiduuu...tata

Friday, June 15, 2012

...sekali lagi...


Aku xbisa menyatakan perkataan
Kelu lidah bila brdepan kamu
Ak percaya pd naluri hati ku
Yg nyata sudah ada dpn mata
Tapi ak masih blom mengenalmu
Untuk menikmati rasa sebenar2 cinta….

Jam kt hp 1619,,panas…dgn duduk kt atas katil mghadap laptop,,ak bka Aur0ra tanpa hala tuju…ak pejamkan mata…setitis air jatuh kt pipi ak…senyum ak,,kegembiraan ak xsame dgn ati ak yg tanggung…ak peluk momo,,ak tgk 1 nama kt hp…memg skg ak tgh emo…nape ble ak nk kecapi kebahgiaan de dugaan yg dtg...pale ak akn positive,,setiap yg berlaku de hikmahnye...

ati aku berbisik...
ya Allah,,sgt sempurna susunan kehidupan yg Kau aturkan untukku..ak redha dgn apa yg berlaku ke atas diri ini...ak tahu,,terlalu Kau menyanyangi aku,,justeru Kau berikan dugaan dlm hdp ini...namun hati ini lemah,,xmampu untuk ku terimanya dgn rela..Kau berikan lah kekuatan pd hati ini..ak xsalahkan takdir yg Kau tentukan utkku...Kau munculkan dye dan Kau hilangkan dye...ak tahu smue yg berlaku de hikmah untukku...ak yakin pd takdirmu...ya Allah,,,kau munculkan lah dye yg boleh memberi kekuatan sebenar padaku..ku memohon,,Kau berikanlah kebahagiaan yg hakiki pd diri ini...ak xtaw pe lg dugaan mu akan dtg,,mggu dpn,,bln dpn,,thn dpn...tp sebagai seorg insan yg kerdil ak mgharapkan ketenangan dan kebahagiaan yg hakiki...

air mata membasahi pipi,,sekali lg ak menanges..ak yakin satu hari nanti tangesan ini akan ada jwpnnya...yg kau tentukan tuk ak...aminnn

Saturday, May 12, 2012

...my smile, my happiness...

Alhamdulillah,,,thanz 4 Allah..xtaw nk ckp cane...gembira xterkata,,tgk muka trpancar kebahagiaan hehe...satu persatu Allah permudahkan urusan aku..sgt cantik rancangan Allah kpd hamba2nya...

Setiap kesedihan, kesusahan, penderitaan pasti Allah akan balas dgn kebahagiaan dan kesenangan. Kesabaran sgt penting dlm hati ni.....

  • Alhamdulillah,,Allah limpahkan idea, ilmu kpd aku...starting nk wt web psm memg tension.asik xjd je..xtdor mlm pn tp hasil xde...tp smue kekusutan 2 telah berakhir...berkat usaha,minat dan doa ak berjaya menghasilkan yg terbaik...mungkin smue ni kekuatan dr diri gak..ak mampu tuk wt yg terbaik dgn tgn,kepala dan mata ak sendiri dan dgn bantuan kawan2 n lecture gak...insyaAllah kalo web RealMath leh publish leh la tgk t...
  • Alhamdulillah,,jodoh pertemuan ditgn Allah...ak xcari tp ia dtg disaat ak memerlukannya...mungkin dh masa Allah nk bg kebahagiaan yg sebenar 2..permudahkan lah segalanya...aku dh start senyum sorg2 bace msg ni hehe...andai dye imamku,,Kau berikanlah petunjuk kpd ku dan kpd dye...mungkin dye adalah cinta terakhir ku,,dunia akhirat....

Sunday, May 6, 2012

...lens vs spec...

Stop jap wt psm,,lyn blog jap hehe...susah tol jd org rabun ni...tp alhamdulillah,,masih bleh nampak lg...brsyukur de 4 mata ni hehe...ak stat rabun time form4..time 2 xbese pkai spec,,so pkai time study kt kelas je la...rabun pn time 2 xteruk sgt pn..time 2 famous spec yg xde bingkai,,baget baik time 2 hehe...

Naik kt matrix lak,,24 jam dh pkai spec...g mne2 pkai spec..lbh selesa time 2..nek sem ke2 kt matrix,,ak dh up 2 date ckt hahah..ngn pengaruh member2 ak dh layan lens lak..alhamdulillah,,1 sem ak pkai lens hehe...nek kt u lak ak dh mls pkai lens...pkai la spec blik,,smpai la skg...


Byk pengalaman pkai spec ngn len..de pro n contra la...kalo ak pkai spec n xpkai memg beza la muka..kalo org yg dh bese tgk ak xberspec kt bilik xrasa lain la...tp yg xbese ni hehe..smpai de yg xkenal ak...alhamdulillah,,ak dianugerahkan mata yg lawa (org yg ckp yee hehe),,so kalo xpkai spec nampk ag comey la hehe..tp ak lg ske berspec coz ak mls nk pkai len hehe..pkai spec ni nampak matang,,biar la xcun sgt pn hehe...tgk skg ni,,ak de 3 spec..koleksi2,,jap ag de 5 spect,,1 ari 1 hehe...spec yg itam 2 slalu pkai n pkai kt bilik...yg putih 2 wt jalan hehe...pkai lens ni kene rajin,,t kne cuci lens 2...2 yg ak mls pkai skg ni hehe...bngun pg g kelas pn lmbat,,memg lmbt g kelas la kalo pkai len hehe

Pengalaman pkai lens,,1st time pkai memg seksa...nk pkai amek masa stgh jam,,pas2 berair2 mata hehe...tp dh lama2 ok la..pengalaman buruk pkai lens,,time 2 lec kt matrix...gosok2 mata tbe2 lens terkuar dr mata...pe lagi,,terus masuk kt bekas n pkai spec la...slalu pkai lens xleh 1 ari coz t mata ak akan penat...kalo date dr pg smpai mlm,,,mlm 2 pkai spec dh hehe...skg ni kdg2 je pkai lens..kalo de baget ckt pkai la lens,,rm20 tuk permonth...slalu pkai kalo de fuction or gedix2 nk pkai hehe...disebakan de 2 muka,,so de yg ske ak pkai lens,,de yg ske ak pkai spec...yg penting ak still comel hehe...daa~~

Sunday, April 29, 2012

...melentur buluh biar dr rebungnye...

Yeah..yeah,,,moksu balik..!!sronok no dak2 ni,,nak paw ak la 2 hehehe....2 yg ak ske blik kg..anak buah berderet dh,,besar2 dh pn..dorg la penghibur ak hehe... Dulu ak pernah ckp,,takut nak kawen coz xpndai nk layan laki...tapi ske de anak hehe...bab2 jage dak2 memg byk pengalaman la..ak slalu jge anak2 akak yg lps pantang 2...tdor kt sblh baby,,bg dye susu,,tp dr dlu ak fail mandikan baby hehhe...that's why dorg smue rapat ngan ak...dr kecik smpai besar ak kenal dorg..yg plg besar form5 dh...kalo jmpe dh mcm member hehe...2 yg balik kg kalo jmpe yg besar2 bka laptop ak cari citer...yg kecik2 lak cari game hehe...

Pnjg induction set ak hehe...pe yg ak nk cter kt cni delah pasal ragam2 anak sedara ak...ak de 28 anak sedara...kalo smue balik memg pening hehe...mcm2 ragam,,moksu nye juga yg kne layan...even dorg nakal tp dorg still bek...ak sgt respect kt akak n abg2 ak yg didik dorg... De kata2 dr org...bagi seorg laki,,jgn sekadar mencari isteri,,tp carilah ibu bg anak2 kita kerana anak yg baik lahir dr rahim yg baik juge...seorg anak ni akan sentiasa rapat ngn ibu,,ibu lah yg mendidik drpd sehelai kain putih,,ibu lah yg byk mencorakkannya...drpd kecik,,pe yg penting dekatkan diri anak2 kepada agama... Bile dh besar,,ragam masing2 de yg bagus,,de yg lawak hehe...

Ragam 1
Ni ragam anak sedara ak masuk asrama hehe..smue ciwek,,mcm moksu nye hehe...so, form 1 masuk asrama mcm xleh trime lg la...cternye bile time balik wajib..dtg la akak ak kesekolah tuk amek anak dye...yg lawaknye dak 2 turun dr blik dgn membawa beg besar n baldi2 smue hehe...terkejut la uminya heheh..xmo duk asrama dh hehe...

Ragam 2
Ak respect kt anak sedara ak ni..form 1 ag dh belajar memanah kt umah,,,bagus ayah dye...Rasulullah SAW bersabda:

عَلِّمُوْا أَوْلَادَكُمْ السِّبَاحَةَ وَالرَّمْيَ وَالْفُرُوْسِيَّةَ

Maksudnya: Ajarkanlah anak-anak kamu berenang, memanah, dan menunggang kuda....


Ragam 3
Nak cter pasal anak sedara ak yg laki2 ni...kalo blik kg,,24 jam ngadap ps,,laptop,,galaxy tab...tp ak respect kat dak2 ni...time azan smue g masjid...xpn solat jemaah kt umah...ak sbg makcik yg xde anak lg ni sejuk perut memandang dorg ni...yg laki besar form 5,,skola kt Sek Sanis taiping,,sorg ag SMKA kuala selangor...even dorg dr skola bese tp dorg dh matang dr segi agama...kt umah pggil adik2 dye jemaah,,dye jd imam...anak mcm ni la yg kte nakkan...bukan sekadar akademik je bagus tp akhlak n rohani pn hebat gak....

Nak cter smue xterkata la kt cni...2la,,tgk dorg kdg2 terpikir mcm mne anak kte t,,,my niece yg kecik2 tu..pndai dh ckp,,"kalo nk pkai tdg kne pjg cni"smbil tunjuk aras perut hehe... Memg sronok de anak,,anak pembawa rezki..seri rumah tangga...mcm mne kte kecik,,mcm 2 la anak kte t hehe..like mother like son..anak sedara ak pernh ckp,,anak moksu t mesti kecik2,,comel2,,mcm moksu,,pas2 bek je t coz moksu garang hehe...Smoga anak dr benihku t akan menjadi anak yg soleh n solehah...biar nakal tp xkurg ajar...aminn

Saturday, April 21, 2012

...posting,,posting...

Nak ngajar mne ni,,,sabah?sarawak?...selangor je la sayang oiii.....
tapi mcm nk jauh ckt dr umah,,tp xleh..spe nk jge mak t huhu....
0k2,,ak plih selngor dan selangor (dh isi dh borang)....
tp selangor 2 besar,,dpt kat sabak bagus la...
kalo dapat area lain,,kajang ke, kkb ke, klang ke,,,,pasrah je la...
tbe2 xsabar nk jadi ckgu hehhe,,,kalo dpt area bandar bleh la ak sambung master part time...
nantikan ckgu jiha kt tempat anda t heheh....
harap2 posting dapat cepat la huhu...

Wednesday, April 11, 2012

...ur words...

Kata2 yg ak pegang dr dye tuk arini n mybe smpai ble2.....

>>Setiap manusia ada sejarah silamnya....tapi setiap saat juga sejarah baru dilakarkan..Biarlah sejarah lama kte biarkan berlalu...dan sejarah baru yg kte lakarkan akan menjadi milik hakiki.....ZIKIR (Tentang Dhia 2011)

Sunday, April 8, 2012

...i'm ur princess...


Mak...
mne nk cari seorg ibu sehebat mak,,,melahirkan,mendidik,menatang bagai minyak yg penuh...10 org smuenya...skg mak kurang kekuatan tuk bergerak,,putri ni lah yg akan menjaga mak,,masak tuk mak,,suap tuk mak...tp smue 2 xsetanding mak menjaga sy dlu...smoga Allah memelihara mak,,menjaga mak,,mengurangkan beban mak...dan sy akan memberi kebahagiaan dan kegembiraan kpd mak suatu ari nanti....aminn

Abah...
abah adalah org plg macho kt dunia ni hehe..dlu abah lah tempat nurul mengadu,,nk manje2 cari abah...nak pe2 mintak kt abah,,abah sentiasa beri kemahuan nurul...abah seorg ayah yg sgt baik,,mendidik dan menitikberatkan agama dlm diri ni...skg abah xberdaya tuk menjaga nurul lg,,kesakitan pd kaki abah dpt sy rasakan...nurul doakan semoga abah diberi kekuatan dlm menjalani kehidupan ini...dan smoga satu hari nanti de seseorg yg boleh menggantikan diri abah tuk menjaga nurul,,membimbing nurul...insyaAllah


nape pic izzah lak hehe...sekadar perhiasan..;-)