Thursday, January 26, 2012

...kasih abadi...

Menjelang Mualidul Rasul jap je lg,,terpikir jap...mcm mne kasih kte kt nabi kite, nabi Muhammad SAW...adakah kasih kte kpd baginda sehebat kasih kte kpd manusia lain..Renungkanlah,,bagaimana kasihnya Rasulullah SAW kepada kita, umatnya. Sedangkan hati baginda SAW sentiasa hadir mengingati kita sebelum kelahiran kita lagi (seluruh umat Islam). Ada sebuah hadis menyebutkan tentang cinta dan kerinduan khusus Rasulullah SAW kepada umatnya yang terkemudian iaitu umat yang dilahirkan setelah kewafatannya. Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW telah pergi ke kawasan perkuburan Baqi’ dan bersabda:

Sejahtera ke atas kamu (penghuni) negeri orang-orang yang beriman. Sesungguhnya kami dengan kehendak Allah akan menyusuli kamu. Amat ingin di hatiku seandainya dapat kita melihat saudara-saudara kita”. Sahabat bertanya: “Apakah kami ini bukan saudara-saudaramu ya Rasulullah?” Baginda SAW menjawab: “Kamu semua adalah sahabat-sahabatku. Sedangkan saudara-saudara kita adalah (orang-orang mukmin) yang belum muncul (orang-orang beriman tanpa pernah melihat Rasulullah SAW)” [Riwayat Muslim, Ibn Majah, An-Nasa’ie dan Imam Malik]

Salah satu cara kasih kpd baginda dgn bykkan berselawat...Selawat ke atas Rasulullah (S.A.W.) merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam.

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]

Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-

  1. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
  2. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
  3. Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]

0 comments:

Post a Comment