Monday, February 18, 2013

...syurgaku masih dibwh kakimu lagi...

Kelihatan seorang wanita tua tersenyum kebahagiaan,
Melihat anaknya ini keriangan menolongnya diluar halaman,
Namun disebalik kebahagiaan itu terpendam 1 kepedihan,
Kepedihan kesakitan yang ditanggung badan,
Tiada sape yang dapat merasainya...

Hati kecil anak ini hiba melihat kepedihan itu,
Dahulu wanita itu berperang di dapur memasak bermacam2 jenis lauk,
Kini anak ni didapur hanya memasak 2 3 jenis lauk je.
Dahulu wanita itu menguli tepung tuk wat kuih muih,
Kini anak ni hanya menggoreng kuih yang segera saje (jimat mase hehe).
Dahulu wanita ini masak macam2 sempena hari lahir anak ini,
Kini anak ini yang memasak meraikan hari lahir wanita ini.

Dahulu wanita ini yang membelikan baju untuk anak ini,
Kini anak ini yang membelikan baju untuk wanita ini (last2 anak yg pkai coz sme saiz hehe)
Dahulu wanita ini yang menyikatkan rambut anak ini,
Kini anak ini yang menyikatkan rambut wanita ini.
Dahulu wanita ini yang memimpin tangan anak ini berjalan-jalan,
Kini anak ini yang memimpin wanita itu tuk berjalan.
Dahulu wanita ini sangat cergas dalam mengemas rumah,
Kini anak ini kene lebih cergas untuk mengemas setiap pelusuk rumah ini.

Disebalik wanita ini terdapat sejuta pengorbanan yang tidak mampu dibalas oleh anak ini,
Doa dan kasih sayang saje yang mampu dibalas oleh anak ini.
Mak,,ampunkanlah salah anak ini seandainya tersalah kata dan perbuatan sehingga menyakiti hati.
Akan ku usaha untuk buat yang terbaik terhadap mu kerana,,syurgaku masih dibawah kakimu lagi...

0 comments:

Post a Comment